Monday, April 4, 2022

RAMADHAN TERAKHIR??

Pernah tak kita semua terfikir yang Ramadan tahun ini mungkin adalah Ramadan yang terakhir untuk kita jalani??


Aku tak pernah terfikir pun, sebab masih lalai dan leka dengan dunia yang mengasyikkan ni. Sehinggalah kejadian yang tidak diingini pada 18 Ramadan 1442 (Jumaat) yang hampir menyebabkan roh kau melayang pergi daripada tubuh berlaku pada 2021. (Aku akan cerita lebih lanjut dalam entri seterusnya)  

Apabila kejadian tu berlaku..aku mula sedar tetapi dalam tempoh yang singkat. Bila dah pulih, aku kembali alpa..masih tidak sedar dengan peringatan daripada Allah. Masih berada dalam zon selesa aku. Tidak terasa untuk kembali kepada fitrah, berubah menjadi hamba yang lebih ikhlas. Mungkin sebab peringatan itu melibatkan jasad, fizikal, luaran aku sahaja. Yang boleh diubat dan mampu untuk kembali pulih seperti biasa.

Namun, Allah memberi sekali lagi peringatan kepada aku. Tapi kali ini, melibatkan hati, perasaan dan rohani. Baru terasa selepas macam-macam perkara ditimpakan ke atas aku dan Allah hanya menjentik hati aku penuh lemah lembut tetapi kesannya menusuk terus ke sanubari. Aku mula sedar yang sebenarnya Allah sangat rindukan aku.


Alhamdulillah, aku betul-betul bersyukur atas nikmat peringatan dan hidayah daripada Allah. Allah sebaik-baik perancang. Setiap apa yang Allah hadirkan, timpakan kepada aku pasti ada hikmahnya. Memang mula-mula rasa susah sangat untuk terima. Setiap kali solat, menangis. Setiap kali menangis, aku solat. Dalam hati, terdetik..

"Ya Allah, kenapa aku perlu hadapi lagi sekali perasaan yang menyakitkan ini??"

Astaghfirullah, bukan aku nak persoalkan tapi aku mengadu untuk dapatkan jawapan daripada Allah. Bagi aku, tiada apa yang lebih menyakitkan daripada hati yang tersakiti. Masa tu, barulah tersedar daripada lamunan dan kelekaan aku yang panjang. Yelah, kalau hati sakit, tak ada ubat yang boleh rawat dan ubat semula kecuali dengan kembali kepada Allah. Barulah tersedar dengan peluang kedua yang Allah dah bagi kepada aku untuk hidup atas dunia ni, iaitu pengabdian diri, jiwa, hati dan rohani hanya kepada Allah. 


Banyak amal ibadat, amal soleh yang kita boleh buat tanda pengabdian diri kepada Allah, Tuhan Yang Maha Agung. Biarpun ia hanyalah perbuatan yang kecil kalau diamalkan pasti kebaikannya terpalit semula kepada kita. Antaranya, bagi makan kucing, belanja orang makan, zikir, sentiasa mengingati Allah, berbakti kepada ibu bapa, sentiasa buat baik/membantu orang lain, sentiasa bersabar dengan dugaan/ujian Allah dan yang paling susah untuk manusia amalkan Tahajud. Mungkin ramai yang tidak mengetahui kelebihan Tahajud ni tapi percayalah, itulah satu-satunya ubat paling mujarab untuk hati yang tersakiti. Lebih-lebih lagi bulan Ramadan ni, lagi besar pahalanya untuk manusia yang bangun di hening pagi semata-mata untuk sujud kepada Yang Maha Esa. Menangis, merintih, merayu dan berdoalah sungguh-sungguh dalam sujud Tahajud. Yakinlah yang Allah Maha Mendengar dan satu hari nanti, tepat pada masa dan tempatnya pasti Allah akan mengembalikan setiap tangisan, rintihan dan rayuan kita dengan seribu satu kebaikan dan kenikmatan.

Untuk Ramadhan tahun ni 2022/1433H. Aku tak meletakkan azam yang terlalu besar hingga aku tak mampu untuk penuhi. Aku hanya mahu buat sebaik dan semampunya. Dan aku menyimpan impian untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar. Sejujurnya, selama ini tiap tahun, aku lalai & leka dengan rutin seharian aku. Tapi tahun ni, aku tekad nak berusaha sungguh2 untuk dapatkan malam Lailatul Qadar. InshaAllah, dah buat senarai ni, senang sikit dan pantaukan. Antara azam Ramadhan aku adalah:

1. Stop Netflix, Kdrama

2. Reduce my time in SOCMED

3. Weight gain Optimised my weight

4. Read Al-Quran & Translation

5. Learn to cook

6. Perform Tahajud, never miss, Dhuha and chase for Lailatul Qadar

7. Zikir, Selawat, Al-Mathurat

8. Sedekah

9. Makes my parents happy

10. Always smile even behind my mask despite of how stressful or difficult I am in

 


Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ

0 comments: