Tuesday, May 29, 2012

wHen YoUr bIrThDay???

TARIKH LAHIR KERAMAT!!

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6
Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ

Friday, May 25, 2012

PuTus

Aku duduk sendirian di kamarku...
menangis kesepian kerna mu....
kau tinggalkan aku....
kau cari yang lain.....
tergamakmu......
merobek hatiku....



P/S: This is not fair......kejamnye dunia.....

Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ

Wednesday, May 16, 2012

CoiNciDeNce...??

GAMBAR 1ST

Aku jalan2 kat FB lagi ari ni....dan aku jumpa lagi beberapa post kat wall aku....aku amik gmbar atas ni sebab ada nama aku....dan aku nak cakap yang.....aku takkan jadi macam perempuan dalam gambar ni....so seksi....tu bukan aku...lagi pon...aku takkan tinggalkan seseorang yang berubah menjadi lebih baik semata2 kerana aku....


GAMBAR 2ND

Aku suka sangat apa yang Ustaz Azhar bagi tau kat atas tu....aku harap Adam2 kat luar sana tu fahamlah apa yang Usataz Azhar cuba disampaikan....bukan apa...kadang2 Hawa2 kat luar sana tu ada yang hatinya sangat2 lah lembut....dan Adam2 plak suka sangat amik kesempatan atas kelembutan hati Hawa....membuat Hawa jatuh hati pada Adam....tapi last2 Adam tu main2 je rupanya....kesianlah kat Hawa...PATAH SERIBU....hehehehe!!

Kalau tak clear gambar kat atas ni....Meh aku kasi clear apa yang Ustaz Azhar bagi tau:
1. Jangan pikat perempuan kalau kamu tak bersedia cintakan dia
2. Jangan buat perempuan jatuh cinta kalau kamu tak cintakan dia
3. Jangan beri perempuan harapan kalau kamu tak pasti
4. Jangan sakitkan hati perempuan kalau kamu tak ada hati untuknya
5. Jangan mainkan perasaan perempuan kalau kamu tak ada perasaan untuknya
6. HARAM perempuan tu dijadikan kekasih tapi tak ada niat untuk nikahinya

P/S: Yang no.6 tu aku tak berapa setuju...sebab term kekasih tak perlu bagi aku...bagi aku kekasih wujud hanya selepas nikah....





Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ

Saturday, May 12, 2012

SARA-ngHae-Yo

Just a short post from me.....because I couldn't express myself in words...so I just post a 
song dedicated to..........
I'm sorry if this song seems so annoying...you can just simply click stop if you don't like it...thank you!! 

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata.

Mungkin aku .. mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku .. mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu.


I’m sorry but I love you,
I’m sorry if I miss you,
Even if I can’t have you,
You know I’ll always be there for you.

Mungkin kita tak bersama di takdir-Nya,
Tak mengapa asal kau bahagia,

Biar aku .. mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku .. mencintaimu dalam diam atau pun bisu,

I’m sorry but I love you,
I’m sorry if I miss you,

Even if I can’t have you,
You know I’ll always be there for you.

I’m sorry but I love you ..





DISAPPOINTED AND SAD =(





Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ

Thursday, May 10, 2012

PeNdAM

Petang tadi, aku jalan-jalan kat Facebook....jumpa ramai kawan-kawan tapi tak penah bertegur pun...biasalah tu...aku suke perhati jer gelagat orang2 dlm tu...dan kebanyakannya mesti post pasal luahan hati, perasaan, kegembiraan, kata-kata pujangga etc...baguslah orang-orang yang boleh meluahkan apa yang dia rasa...tapi aku lagi suka PENDAM...membiarkan segala isi hati terus kekal dalam hati....rasa ragu2 nak bercerita...bak kata pepatah...diluah mati bapak, ditelan mati anak.....entah betul entah tak pepatah aku ni....bantai taram jer...hehehhehe

Semenjak 2 menjak ni...aku suka sangat dengar lagu Shahir.....kadang-kadang time kelas...bila dah tak boleh nak fokus...lagu ni mesti terngiang-ngiang dalam telinga aku....lebih-lebih lagi yang tang korus tu....



"Bisik hati ku...lepaskan dirinya....sungguh aku tak bisa....biarkanlah ku sendiri...tanpa kasih di hati....aku tak sanggup pertahankan lagi...cinta yang menyakiti....."

Lagu ni sedih sangat...klip video dia lagi sedih...bila tengok Shahir tu mati tanpa dapat meluahkan apa yang dia rasa...huhuhuuhu...sedih2...(T-T)

PENDAM ni sebenarnya banyak baik dan buruknya....aku memang dah biasa pendam...tapi kadang2 bila satu tahap tu...kalau dah tak boleh pendam lagi...dah tepu....dia meletus memang susah....berendam air mata duyung lah aku....dan lagi teruk boleh jadi DENDAM plak kang ...walau macam mana pun memang dah menjadi normaliti manusia untuk meluahkan apa yang dia rasa....bergantung pada cara masing2 untuk bercerita macam mana....melalui lagu ke....FACEBOOK....DIARI....dan juga BLOG.......tapi kalau selalu meluahkan pun orang akan rasa bosan pulak...banyak benda yang aku pendam selama ni....tak terluah melalui kata2...dalam KELUARGA...dalam BERKAWAN....dalam CINTA...dan etc...aku hanya mampu meluahkan pada YANG MAHA ESA...sebab aku malu nak bercerita pada orang....maklumlah....aku kan PENDIAM....=P

hah!! aku jumpa post baik punye kat Facebook....tersirap aku bila baca...even bukan dalam ayat...just dalam bentuk komik pendek...tapi cukup memberi aku makna yang tersirat....


Kalau ada siapa2 yang tak pernah lagi cakap SAYANG kat bukan mahramnya...korang memang untung...tak payah la nak cakap SAYANG2 ni...memang tak dinafikan naluri manusia yang normal mesti nak juga cakap SAYANG kan....termasuklah AKU....hahahaha!!

Dear my Future Husband,
For my beloved future husband, who ever you are, whenever you are and whatever you are...I LOVE YOU so much...I hope you are also the same...please keep your LOVE only for me...
Your Future Wife...

Poyo tak wat dalam english....bajet kau Sarah...well mana tau bakal suami aku bukan orang Malaysia ke....so nanti kalau dia baca dia faham la....hehehe....aku harap bakal suami aku dapat muncul cepat2...sebab aku tak nak ada perasaan pada orang yang salah....letih....biarlah hati aku untuk bakal suami aku je kan....wahai hati....bersabar lah.....

Okeyh!! that's all...zaijian!!

P/S: Aku attached post ni dengan lagu sekali tau.....dengar lah dulu tau.....kalau bosan....klik je stop....(^^,)V




Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ