Thursday, April 7, 2022

KENYATAAN YANG TAK PERNAH SIAPA PUN PEDULI

Dah tiba masa untuk aku luahkan apa yang aku pendam selama ni. Sekali lagi aku tumpas. Sekali lagi aku kalah dengan perasaan hati aku sendiri. Aku pun tak pasti bila perasaan ini mula bersarang dalam lubuk hati. Dengan hati2, aku sorok, sembunyikan sehabis baik supaya tiada siapa yang terluka. Malang tidak berbau. Akhirnya, aku sendiri yang terkorban. Cuba menahan apa yang fitrah tu mustahil. Manusia dicipta penuh dengan emosi, perasaan hati, dan jiwa yang halus

Aku ingat segalanya mudah. Rupanya kisah yang aku tunggu2 dan nantikan sepanjang hidup aku adalah satu kisah yang tak memberi makna kepada sesiapa pun. Hanya kisah yang berkisarkan aku dan perasaan aku sahaja. Adakah aku yg merumitkan keadaan. Aku adalah insan yang paling ringkas di atas dunia ni. Sejak dari awal aku tak pernah meletakkan apa2 kriteria tertentu. Tak mengharapkan bulan dan bintang, harta dunia. Tapi apa yg aku inginkan hanya keikhlasan, ketulusan untuk menjadikan aku penting dalam hidup seseorang hanya kerana Allah. Tapi apa yang aku dapat hanya kekeliruan yang membuat aku rasa tidak penting.

Kalau berputus asa itu lebih membahagiakan. Kalau mendiamkan diri tu lebih melegakan. Kalau terus berprasangka itu adalah jawapan untuk segalanya. Anggaplah aku apa sahaja aku terima dengan hati yang sayu. Hanya Allah yang tahu apa yang aku simpan selama ni. Cuba untuk membuat sesuatu yang betul tu amat jerih. Aku mungkin kelihatan tenteram seperti tiada perasaan. Tapi tangis, sedih, kecewa dan sendu aku bila bersendiri tiada siapa yang peduli atau ambil tahu, dan hanya Allah yang memahami.

Sudah terbiasa dengan air mata bila bersendiri, yang bertindak bagai bahan bakar untuk aku tutupi gelojak hati dan perasaan aku bila berhadapan dengan manusia. Dalam keheningan, aku masih mencari2. Dia yang tidak pernah atau tidak mahu tahu apa yang aku rasai. 





Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ

0 comments: