Friday, March 4, 2022

DOA SEORANG HAMBA

 Ya Allah, Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani.

Aku berdoa bersungguh-sungguh kepada Mu Ya Allah, agar Engkau dapat mengurniakan jodoh yang terbaik buat hambaMu ini.

Jodoh yang walau tak sempurna, namun ikhlas, jujur dan bertanggungjawab untuk menyempurnakan hidup ku di dunia hingga ke Jannah.

Walau siapa pun dia, asalnya, sikapnya, rupanya, keturunannya, aku yakin jika dia jodoh yang sudah tertulis sejak azali, kau pertemukanlah kami jika bukan di dunia, di akhirat kelak.

jika dia tak baik, kau baikkanlah dia utk Aku

jika dia kurang beriman, bertaqwa dan beramal soleh, kau perbaikilah keimanan, ketaqwaannya untuk Aku

jika hatinya tidak tetap, kau tetapkanlah hati dia untuk Aku

jika dia ragu-ragu, kau mantapkanlah keyakinan dia untuk Aku

jika dia tiada perasaan rindu, kau pupuklah perasaan rindunya untuk Aku

jika dia marah, kau tenangkanlah dia untuk Aku

jika dia buntu, kau berikanlah dia petunjuk dan hidayah Mu untuk Aku

jika dia lemah, kau kuatkanlah jiwanya untuk Aku

jika dia sakit, kau sembuhkanlah dia untuk Aku

jika dia kesempitan, kau lapangkanlah masa dan rezekinya untuk Aku

Sesungguhnya hanya Engkau yang mampu memberi petunjuk dan hidayah kepada Hamba-Mu,

pemilik mutlak nyawa dan hati seluruh makhluk di dunia ini.



Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ

0 comments: