Sunday, February 27, 2022

A THOUGHTFUL REMINDER FROM A SISTER

 

One fine day, an amazing not related blood sister of mine had shared with me some thoughtful reminder that had awaken me from such a long sleep. About something that she did not has experienced herself but through her reading, she has been learnt a lot. We have shared things that we never learn from school or from any education institute. It is very subjective and everyone can has their own thought about that. No right or wrong answer.

Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah.

Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung

Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.

Ya Allah! Jika menurut pendapatMu urusan ini, memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.

Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan ini, memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada.

Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu.

(Rekod Imam al-Bukhari)

Kalau dia baik untuk akak mesti Allah tetapkan untuk akak

 

Dipermudahkan atau dipersulitkan

 

Tak boleh bergantung pada mimpi ya


kena buat istikharah banyak kali


Sampai hati rasa lembik, jangan pernah bosan untuk terus mengharapkan jawapan padaNya

 

Dan hati kena betul-betul kosong dan tidak condong mana-mana belah

 

Jangan pernah fikir kita buat tak dapat jawapan

 

Sebab hak kita untuk buat istikharah tu

 

Dan hak Allah untuk bagi petunjuk macam mana cara sekali pun

 

Yakin

 

Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang. Maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangi mu daripada perkara tersebut. Agar kamu kembali berharap kepadaNya.

 

Sentiasa ingat yang Allah takkan pernah mengecewakan fikiran yang baik dan hati yang sabar.

 

Kita doa sama-sama

 

Sebab hati kita ni lemah

 

Seringkali bergantung pada makhluk

 

Sedangkan yang pegang hati kita ni Allah sahaja kak



Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ

0 comments: