Thursday, December 18, 2014

Si bOdaCh

Assalamaualaikum wbt & evening everyone....

Hari ni aku nak perkenalkan satu watak yang ramai tak kenal....tapi sebenarnya watak tu sentiasa ada di sekeliling kita....kalaulah kita sedar tentang kewujudan watak ni secara mata kasar...aku pasti tak ada orang yang nak buat jahat atau ada niat jahat sekalipun....sekarang ni pun aku pasti aku dikelilingi oleh watak2 tersebut...

Dalam entry yang lepas...terlampau banyak kata2 yang tak faham dek akal...bila aku baca balik....merepek je semua benda tu....aku rasa kalau aku baca balik beberapa bulan yang akan datang aku sendiri pun tak ingat dengan apa yang pernah berlaku....bagus juga macam tu kan...kata2 tu diluahkan disini supaya tak ada yang tertinggal di hati malah cuma menjadi angin yang membujur lalu melintang patah....tapi ada satu watak yang ramai tak pernah dengar...sebab guna perkataan lain....kalau aku guna perkataan yang sama tak mencabar la kan...baca pun bosan...jadi aku gunalah perkataan tu...lagi pun, nama tu lagi sedap disebut....

Watak yang aku maksudkan ialah 'bodach'....nama tu aku dapat bila aku tengok satu cerita hollywood tu...cerita tu sebenarnya tak la lama sangat...filem 2013...aku pun tak pasti sama ada filem ni pernah masuk panggung wayang kat Malaysia ke tak...mungkin ada tapi orang tak berapa minat sebab ceritanya tak ada kaitan dengan gangster, dadah, drift2, sains fiksyen or seram2....yang ada bagi aku cuma maksud yang tersirat membawa seribu satu pengajaran....sebenarnya cerita ni adaptasi dari novel Odd Thomas...tajuk filem pun masih sama Odd Thomas....

Intipati cerita ni mudah je...aku nak tunjukkan watak 'bodach' tu je sebenarnya...watak makhluk yang amat seram, merayap merata2....bergayut dekat orang yang jiwanya dah buta....membisik2 ke cuping telinga manusia supaya merosakkan muka bumi...dan nak dijadikan cerita, ada satu watak pemuda yang mempunyai kelebihan dapat melihat 'bodach' dengan mata kasar....bayangkan, setiap hari dia kena berlagak macam tak nampak sebab kalau 'bodach' tu tau yang dia boleh nampak, buruk nasib dia....

Kita sebagai orang Islam pun pasti tau makhluk tu kan....ia adalah makhluk Allah juga...yang dah bersumpah takkan berhenti memesongkan akidah umat Islam sampailah kiamat nanti....apa lagi kalau bukan syaitan....tu lah 'bodach' @ syaitan yang aku maksudkan....

Cerita ni ada tersirat seribu satu maksud....kalau nak tau kena lah tengok sendiri...tapi bagi aku, bila tengok 'bodach' merayap2 ikut manusia, menjilat2 makanan yang dimakan....bergayut atas kepala....rasa seram dan geli pun ada...masa tu dalam kepala aku, terdetik rasa kesedaran diri...nasib baik kita sebagai umat Islam ada doa2 yang disarankan dibaca atas apa2 perbuatan yang dibuat setiap hari untuk mengelakkan kita digayuti oleh ''bodach'...

Tengok!!...mat saleh pun tau buat cerita2 macam ni kan...kita yang dah ada Al-Quran sebagai panduan tak pernah sedar dan selalu leka akan kewujudan makhluk ni....malah tak pernah nak jadikan doa2 tu sebagai amalan hidup kita....

Aku pun ape kurangnya...banyak doa yang kita tau baca masa kecil2 dulu je...bila dah besar kita ambil enteng dengan amalan2 tu...rasa macam outdated la kononnya...sedangkan, si mat saleh dalam cerita ni bermati-matian cuba nak bunuh si bodach ni dengan apa cara sekali pun ....tapi kesian, mereka tak ada harta yang paling bernilai yang kita ada iaitu Al-Quran....

Oleh itu kawan2 Islam sekalian...bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan pelajari...jangan ambil ringan amalan2  & doa2 yang pernah kita selalu baca zaman kanak2 kita....jadikanlah amalan kita sampai akhir hayat nanti...InshaaAllah, Allah akan melindungi kita dari niat jahat diri sendiri mahu pun orang lain....malah hidup kita akan lebih berkat dan aman....


Nasib baik kita sebagai manusia ada hijab yang menutup mata kita dari nampak si bodach ni....kalau tak, tiap2 hari hidup dalam ketakutan....


Kesian.....tak terlawan si Oddie ni...kita sebagai orang Islam, gunakanlah iman & doa untuk menepis segala godaan dan bisikan2 bodach ni....InshaaAllah, Allah akan jauhkan....




Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ

0 comments: