Saturday, May 31, 2025

BEBAN RASA


Kalau dah jelas menyakitkan dan terseksa, kenapa tak dilepaskan sahaja. 

Lepaskanlah kalau itu yang dapat memuaskan dendam kesumat dalam hati. 

Tak usah berlagak jantan kalau kejian / hinaan / kutukan manusia yang kau sakitkan. 

Kenyataannya, kita memang hamba yang hina pun. 

Hinaan dan kejian yang dilemparkan adalah atas izin Tuhan dan sakitnya juga atas izin-Nya. 

Tak perlu sentap sangat macam perempuan. 

Cukuplah perempuan sahaja makhluk Allah yang beremosi parah. 

Jadilah insan budiman yang kental dan cekal walau dihina atau dikeji. 

Bukan nak menafikan fitrah semua manusia ada hati dan perasaan tak kira jantina. 

Tapi kawallah semampu kudrat berlandaskan iman bukan emosi macam perempuan. 

Didik dan bimbing bukan berdendam.


#KitaGengMaira.DiaImamku


Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ

Saturday, May 17, 2025

MENANGGUK RASA



Sambil-sambil baca tu, boleh dengar sekali dengan lagu ni as background music

 Dah lama aku nak bercerita luahan perasaan aku masa dapat jemputan majlis perkahwinan anak perempuan Aunty Noor & Uncle Zamzam. Calon orang penting dalam kisah impian aku. Aku terkejut dan teruja. Akhirnya, dapat juga jumpa 'in person' dengan insan yang aku kenal melalui SOCMED. Perasaan bercampur baur masa tu, ada rasa berdebar, takut, gemuruh, excited. Belum majlis lagi, aku dah terbayang macam-macam yang bakal berlaku. Bayangan aku tu macam terlalu berlebih-lebihan. Penuh dengan perasan dan syok sendiri. Dalam 2, 3 minggu jugalah aku dah buat persiapan emosi, hati, jiwa dan sebagainya yang berkenaan supaya nanti bila majlis, aku dapat kawal diri aku. Risau aku kalau aku terjatuh hati, terlebih berharap, tersyok sendiri yang dapat menyebabkan hati ini kecewa lagi. Aku sedar, bab perasaan ini kau lemah, aku mudah terjatuh hati, lembut hati. Dan disebabkan itu, aku letakkan penghadang yang agak tinggi di sekeliling aku. Daripda terjebak baik aku hadang terus. Aku pernah bercerita pasal Aunty Noor pada mak aku. Mak aku hanya memberi moral support, tak menghalang dan tak juga terlalu menyokong. Mak faham situasi yang aku hadap dan aku pasti mak tak putus-putus mendoakan yang terbaik untuk aku. Mak pujuk adik aku supaya dapat teman aku ke majlis itu. Malu juga aku kalau pergi sendirian tak berteman. Nanti sendu. At least, hilang sikit rasa malu dan "awkward" tu. 

Fast forward, tibalah hari yang dinanti-nantikan. Majlis perkahwinan tu diadakan di dewan tertutup. Masa aku sampai, ramai juga orang. Berdebar-debar jantung ni. Tak masuk lagi dewan, dari jauh aku dah nampak dia.  Nampak sibuk mungkin tengah menguruskan hal door gift. Sebelum masuk, aku mencari-cari Aunty Noor. Niat aku nak bertegur dulu sebelum aku duduk menjamu selera di dalam. Dah datang majlis orang, kenalah jumpa Tuan Rumah dulu kan. Nampak je Aunty Noor, aku terus menyapanyan dan memperkenalkan diri aku. Alhamdulillah, Aunty Noor kenal aku. Tersengih-sengih aku dapat jumpa calon orang penting kan. 

Masuk sahaja ke dalam dewan, aku dan adik mencari-cari meja kosong untuk duduk. Meja yang kami duduk tu dalam 2 meja sahaja dari pentas utama atau tempat pelamin pengantin. Aku pun ambil makanan macam biasa. Lauk dan nasi minyak kenduri kahwin kali ni rasa lain macam sedap. Tapi aku makan sikit je, cukup sepinggan tu pun nasi tak ambil banyak. Semasa aku tengah makan tu, keluarga pengantin tengah photoshoot atas pentas. Masa tu nampaklah satu keluarga Aunty Noor, anak-anak menantu dan cucu dah berkumpul kat atas pentas. Keluarga pengantin pakai sedondon warna hijau emerald dan nak dijadikan kisah kebetulan atau takdir, aku pula pakai warna hijau zaitun gitu. At least, hijau la juga kan. Adik aku pula mula mengusik aku bila mana keluarga pengantin tangah sibuk-sibuk photoshoot, dia boleh tunjuk-tunjuk kat aku. "Ni ada lagi sorang pakai hijau boleh ambil gambar sekali ni. Aku terus buat muka. Buat lawak yer dik. Tapi aku tak tengok betul-betul keluarga Aunty Noor atas pentas tu. Malu punya pasal kan. Orang tu pun ada kat situ juga kan. 

Lepas tu aku nampak Aunty Noor pun pergi sambung sambut tetamu kat depan dan mula sibuk. Aku ingat dah nak balik tapi adik aku belum nak balik, dia nak duduk dulu memandangkan orang pun dah mula tinggal sikit.  Aku pun sambung lepak duduk kat meja yang sama. Mengunyah kudap2 yang ada atas meja. Sambil-sambil dengar MC dok urus hal photoshoot atas pentas.  Dalam 30 - 45 minit jugalah aku lepak2 kat meja tu.  Dah dewan pun selesa ada penghawa dingin kan. Selepas itu, aku pun ajak adik aku balik. Aku pun pergi cari Aunty Noor dan bagi tau kami dah nak beransur pulang. Aku minta nak bergambar dengan Aunty Noor. Dapatlah kami bergambar berempat. Aku, adik, Aunty Noor & Uncle Zamzam. Lepas tu Aunty Noor tarik aku, dia seperti mencari-cari seseorang. Rupa-rupanya, dia nak perkenalkan aku dengan anak terunanya. "Hilman....ni Sarah, anak kawan mama". Aku tersipu-sipu malu, nasib baik aku dah persiapkan emosi agar tak terlalu menonjol gemuruh aku tu. Nanti nampak macam desperado. Aunty pun perkenalkan aku dengan anak bongsu perempuannya, Iman yang selalu Aunty cerita bila kami berhubung dulu. Aunty bagi aku dan adik aku goody bag majlis. Dia berterima kasih pada aku sebab hadir majlis perkahwinan anak perempuannya. Aku dan adik pun bersalam-salaman untuk pulang. "InshaaAllah aunty, jumpa lagi yer...Keep in touch". Kataku pada Aunty sambil berlalu pergi. Sampai sekarang aku simpan lagi goody bag tu. Tiap kali tengok mesti teringat. Biskut yang dalam tu sampai sekarang tak makan lagi, sayang. Kalau makan dah tak ada kenangan.

Begitulah kisah aku menangguk rasa ini. Dia memang tak kenal aku. Tapi aku kenal dia sebab Aunty selalu cerita hal dia pada aku. Sekolah mana, belajar kat mana, orangnya macam mana, suka buat apa. Sejujurnya, aku berkenan, rasa suka dengan dia masa first time nampak. Rasa hati macam berbunga-bunga. Segak juga diakan. Malu-malu orangnya. Tapi tulah, sayang. Aku tak ada those charming or spark things that can attract him. Dia seperti sikit pun tak kisah. Aku balik dengan penuh rasa bahagia, berbunga-bunga di hati. Sengih sorang2 aku dalam kereta all the way back home. Lantaklah adik aku nampak or perasan pun. Dah malas nak selindung-selindung dah. Bukan adik aku boleh buat apa pun. 

Aku menulis kisah ni hampir 5 bulan selepas majlis tu. So guys, what you expect dari apa yang aku ceritakan ni. Aku pun tak berharap apa-apa. Kalau ada jodoh Alhamdulillah, kalau takde, no hurt feeling. Persiapan aku berkenaan emosi tu termasuklah untuk terima those invisible rejection. Dia tak cakap apa-apa pun tapi aku sendiri faham la kan. Walau apa pun pengakhirannya, aku doakan dia bahagia dan jumpa jodoh terbaik dia. Aku sikit pun tak marah cuma rasa kecewa jela dan aku terima denga redha. Hati dan perasaan tak boleh dipaksa tapi boleh dipupuk bak kata Budin..hehehehe




Dia datang dan pergi dengan keizinan-Nya. Siapalah aku untuk menafikannya. Aku hanya hamba yang sentiasa berharap kasih dan cinta-Nya.


Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ

Friday, May 2, 2025

MATI RASA

Sila baca post sambil dengar lagu yer...baru layan dan rasa tu akan sampai terus menusuk ke jiwa.

Tajuk post je pun dan ada macam2 interpretasi yang tersendiri mengikut pengalaman dan status diri masing-masing...dia hadir tanpa kita sedari tapi bile nak mematikan tu...mengambil masa
yang sangat2 lama tak seperti mana bila mana ia hadir...biarpun sakit terlantar, sampai sekarang tak mati2...dibunuh berkali2 pun masih belum mati...bila ada orang sebut mati rasa...aku cemburu...

kenapa pasangan suami isteri yang dah ada talian ikatan pernikahan pun boleh cakap dah mati rasa...

kenapa pada seseorang yang tak pernah ada talian apa2 pun, persahabatan mau pun lebih daripada itu, tak pernah dan susah untuk mematikan rasa tu...

tarik nafas panjang aku memikirkan perkara ini...bila masa tangan ini terus menaip setiap huruf dalam meluahkan kata2..semakin aku menyedari sesuatu...

Macam mana nak mematikan rasa tu bila tiada hubungan atau ikatan yang wujud...tiada tali utuk dipotong..macam mana nak putuskan...

Bila tengok cerita drama "Dia Imamku"lakonan mantap Kamal Adli dan Siti Saleha yang tengah ditayangkan kat Astro Ria sekarang ni..aku mula faham sesuatu...

Bila Budin (watak Kamal Adli) yang sangat tulus dan ikhlas dan menjadi suami idaman orang macam aku ni...di permainkan perasaan oleh isteri dia sendiri, Humairah (watak Siti Saleha)..sakit tu macam aku pun terasa...hakikatnya aku tak pernah bercinta pun...tapi sakit dia tu memang aku menangis masa tengok...tapi...dalam pada sakitnya seorang Budin...aku belajar sesuatu...untung sebenarnya jadi Budin, bila dia dah usaha sehabis baik dalam memberi rasa cinta pada isteri dia sendiri...namun tak dihargai..at least dia dah bagi yang terbaik dan memberi rasa cintanya pada seseorang...jadi untuk dia mematikan rasa itu mungkin lebih mudah...tali tu ada untuk diputuskan...tapi kalau takde...tu yang sampai sekarang rasa tu masih wujud walau dia dah buang segalanya pasal dia..dah tak contact langsung...dah tak apa2 langsung...setiap hari dia mesti masih ingat...tak penah sehari pun dia lupa...tiap langkah dia, mesti teringat...

Mungkin, bila dah ada seseorang yg sudi...masa tu aku yakin segala rasa tu pasti hilang...Allah Maha Penyayang...dia masih tak mematikan rasa tu bersebab...supaya dia sentiasa beringat dan tak buat benda yang sama lagi...

InshaaAllah...satu hari nanti



Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ