One fine day, an amazing not related blood sister of mine
had shared with me some thoughtful reminder that had awaken me from such a
long sleep. About something that she did not has experienced herself but
through her reading, she has been learnt a lot. We have shared things that we
never learn from school or from any education institute. It is very subjective
and everyone can has their own thought about that. No right or wrong answer.
Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut
Engkau ya Allah.
Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung
Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.
Ya Allah! Jika menurut pendapatMu urusan ini, memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.
Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan ini, memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada.
Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu.
(Rekod Imam al-Bukhari)
Kalau dia baik untuk akak mesti Allah tetapkan untuk akak
Dipermudahkan atau dipersulitkan
Tak boleh bergantung pada mimpi ya
kena buat istikharah banyak kali
Sampai hati rasa lembik, jangan pernah bosan untuk terus
mengharapkan jawapan padaNya
Dan hati kena betul-betul kosong dan tidak condong mana-mana
belah
Jangan pernah fikir kita buat tak dapat jawapan
Sebab hak kita untuk buat istikharah tu
Dan hak Allah untuk bagi petunjuk macam mana cara sekali pun
Yakin
Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang. Maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangi mu daripada perkara tersebut. Agar kamu kembali berharap kepadaNya.
Sentiasa ingat yang Allah takkan pernah mengecewakan fikiran
yang baik dan hati yang sabar.
Kita doa sama-sama
Sebab hati kita ni lemah
Seringkali bergantung pada makhluk
Sedangkan yang pegang hati kita ni Allah sahaja kak
Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ
0 comments:
Post a Comment