Sunday, August 3, 2025

My Multiverse

Lagu kali ni "Kekasih Bayangan" oleh Cakra Khan

Ingat tak post aku yang bertajuk "Menangguk Rasa". Khas aku tulis supaya aku boleh imbas kembali hal2 bahagia yang berlaku dalam hidup aku. Bila baca balik sambil dengar lagu yang aku post dalam tu, memang ngam la. Layan dowwhh, berair mata aku baca. Terimbau segala kejadian yang berlaku. Ngam2 abis lagu, abis baca post tu juga. Jap, aku dah tau macam mana view aku boleh naik. Mesti sebab aku post sekali dengan lagu. Lagu tu la yang menyebabkan views aku naik. Bila orang search lagu tu, keluar sekali dengan blog & post aku. So orang pun klik dan terbaca la post aku ni. 

So kali ni aku post lagu yang sahabat aku berkaraoke dalam kereta. Aku penah dengar lagu tu tapi takde feeling. Tapi kali ni bila dia yang nyanyi, terus menusuk ke kalbu. Terngiang-ngiang lagu tu kat telinga. Berat juga topik yang kami bualkan dalam kereta on the way ke staycation kami ari tu. Kebiasaannya, aku memang kaki lena dalam kereta, tapi ari tu mata terbuka luas, mulut banyak cakap dan telinga sentiasa mendengar dengan khusyuk cerita masing2 geng solo ni. Dah bertahun kami berkawan, tiap tahun jumpa title still sama tak berubah. Begitulah kisahnya bila masing2 ada keinginan, kemahuan tapi belum diberi rezeki. What else can we say???

Ok, berbalik kepada topik utama post aku kali ni. Baru teringat nak tulis pasal apa. Maklumlah, kita ni manusia, makin lama makin berusia, makin cepat lupa. Nasib baik ingat. Aku nak bercerita pasal mimpi yang aku selalu dapat sejak 2,3 tahun lepas. Mimpinya tak kerap tapi ada masa2 tiba dia muncul. Mimpi ni bukan pasal orang tapi lebih kepada perasaan. Aku tak nampak orangnya, tapi aku kenal dengan perasaan tu. Perasaan yang aku paksa untuk lupakan sebab aku sedar diri. 

Susah juga nak cerita dan terangkan pasal mimpi ni sebab ada orang cakap mimpi ni bukan cerita nyata yang berlaku atas bumi yang kau boleh bertindak sewajarnya. Tapi dalam mimpi, ia seakan kita berada dalam dunia yang betul2 berbeza. Macam multiverse (mimpi) gitu...hehehe

Dalam multiverse aku ni, ade satu watak yang muncul iaitu "Perasaan". So aku gelar sosok ni sebagai Mr. P. Latar tempat agak samar dan susah nak dikenalpasti tapi yang pasti ada beberapa orang dekat situ. Antara banyak2 orang tu ada satu sosok di satu sudut iaitu Mr. P muncul. Aku tak nampak dia tapi aku yakin tulah Mr. P sebab aura dia sangat kuat. Aku tahu dia kat situ tapi aku tak boleh nak buat apa2. Aku senang hati dengan kehadiran Mr. P cuma aku tak mampu, tak kuat untuk berdepan dengan dia. Let me be frank, Mr. P yang hadir ni adalah perasaan aku pada seseorang (crush) dibumi nyata yang belum usai lagi. Bila mana Mr. P muncul dalam multiverse, aku rasa bahagia walaupun hanya perasaan yang hadir bukan sosok. Aku tak mampu nak berjumpa depan2 dibumi nyata, at least dalam multiverse ni Mr. P muncul walau dalam bentuk perasaan sahaja. Mungkin juga Mr. P adalah gangguan syaitan yang cuba untuk buat aku rasa bahagia & lupa pada pemilik hak hati dan jiwa hamba2 yang lemah ni. Buat aku rasa sedih, kecewa dan putus harapan. Jadi aku kena kuat, so next time kalau aku berada dalam multiverse ni lagi, aku akan cuba berdepan dengan Mr. P dan selesaikan apa yang aku rasa masih belum selesai. Aku harap hati aku lebih bersedia dan bila aku berada dalam multiverse, aku mampu berdepan dengan Mr. P dan luahkan apa yang belum selesai. Mustahil untuk aku luahkan di bumi nyata, jadi multiverse ni jelah harapan aku untuk selesaikan sisa rasa yang masih tertinggal. Aku pun nak juga rasa bahagia tak lagi terbeban dengan perasaan ni. Aku dah redha dan ikhlas melihat kebahagian Mr. P walau aku rase sedih. Apalah sedih aku nak dibandingkan ujian saudara2 kita di sana yang sedang bertarung antara hidup dan mati. Aku rasa malu dengan diri sendiri melihat ketabahan, kekuatan, keyakinan yang tak berbelah bahagi saudara2 kita di sana untuk terus hidup walau sesukar mana pun ujian Allah ke atas mereka. Tak sedikit pun iman mereka gentar dan tak sedikit pun keyakinan mereka pada Allah untuk pudar. 



Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ

0 comments: