Monday, October 13, 2025

PEJUANG KEZALIMAN DUNIA - GAZA BANGKIT

PEJUANG....mungkin nama yang amat berat untuk dipikul oleh penduduk Palestin..dari sekecil-kecil bayi hinggalah ke warga tua, wanita atau kanak-kanak..seluruh makhluk yang berada di tanah Palestin adalah pejuang...pejuang agama Allah..pejuang benteng pertahanan Masjid Al-Aqsa...aku memetik kata2 penduduk di sana yang hidup sebatang kara...

"Kami sudah tiada ibu bapa, adik beradik beradik malah saudara mara kami telah syahid menemui tuhan..saudara2 seislam pula hanya melihat, memekakkan telinga tiada tindakan dalam membela kami..jadi biarlah kami waqafkan tubuh kami menjadi pejuang untuk tanah yang suci ini"

Allahhh...mengalir air mata aku mendengar kata2 saudara seislam kita di sana...mana aku tak sedih.. mana aku tak menangis...umat Nabi Muhammad kat sana sedang berjuang dari penindasan, kekejaman dan kelaparan...namun, hati dan jiwa mereka makin menebal dengan Islam, ilmu dan Al-Quran...

tapi kita?? hidup senang lenang, bebas dari cengkaman penjajah..tapi sayangnya..kita terbelenggu dengan nafsu, harta dunia, keegoan dan makin menjauh daripada Al-Quran dan Sunnah...

Itulah kejadian yang menjadi bukti....Allah Maha Adil, Maha Pemilik Segala Hati, Maha Penyembuh Yang tersakiti, Maha Penguasa Segala Jadi..

Bila terjadinya kebangkitan kemanusiaan dari seluruh pelusuk dunia..tidak kira agama atau bangsa...semua bangkit melawan kekejaman dan penindasan yang menimpa rakyat Palestin..aku mula sedar akan satu pertanyaan yang pernah muncul dalam fikiran aku...Allah Maha pemberi hidayah kan..Allah boleh tiupkan hidayah-Nya kepada seluruh penduduk dunia untuk memeluk Islam...tapi masih ada yang bukan Islam dalam dunia ni...namun, bila terjadinya kebangkitan kemanusiaan besar-besaran...baru aku sedar akan hikmah adanya golongan Islam dan bukan Islam..bayangkan kalau seluruh dunia ni Islam...yang masing-masing penuh dengan perasaan hasad dengki, tamak haloba, busuk hati..kau rasa ada ke yang bangkit macam sekarang...

HasbunAllah wa nikmal wakil...Palestin pasti merdeka!! InshaaAllah, Aminnn


Dipetik daripada lagu M.Nasir yang bertajuk "Di Balik Cermin Mimpi"..aku tertarik dengan sepotong bait lagunya yang berbunyi:

Di balik cermin

Cermin Mimpi,

Ada realiti yang tidak kita sedari,

Hanya keyakinan dapat merestui,

Hakikat cinta yang sejati...









Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ

Sunday, August 24, 2025

The Multiverse Apocalypse

Sedihhhh...pedihhh.....sadis....aku dikembalikan ke multiverse..tapi kali ni Mr. P muncul dengan sosok yang lain dikenali sebagai Ms.S...berani kan Mr. P muncul dalam dunia multiverse aku bawak saingan aku...kali ni bukan samar2 sosok tapi aku nampak dengan jelas...siap senyum2 lagi depan aku..muka bangga tunjuk saingan aku depan mata aku..

Oleh yang demikian, aku sebulat hati dengan ini mengisytiharkan perang ke atas dunia multiverse aku...aku dh kerahkan sebatalion tentera pejuang untuk musnahkan segalanya...letakkan peledak dan letupkan segalanya biar tinggal debu...takde yang hidup dalam letupan itu...membantai segalanya yang berada dalam lingkungan infiniti....

Kenapa aku tak musnahkan je Ms.S? kenapa perlu musnahkan semuanya..

Sebab utama, aku sedar...Ms. S tak dapat aku saingi dan hakikat untuk aku luluh tu sangat tinggi...biarlah aku musnah kan segalanya...dunia multiverse aku...aku punya, peraturan aku dan jalan cerita aku yang buat...ni je satu2 yang aku dapat kawal an aku pilih untuk singkirkan semuanya...

BIAR LUPUS, PUPUS DAN PUNAH....

The End


Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ

Sunday, August 3, 2025

My Multiverse

Lagu kali ni "Kekasih Bayangan" oleh Cakra Khan

Ingat tak post aku yang bertajuk "Menangguk Rasa". Khas aku tulis supaya aku boleh imbas kembali hal2 bahagia yang berlaku dalam hidup aku. Bila baca balik sambil dengar lagu yang aku post dalam tu, memang ngam la. Layan dowwhh, berair mata aku baca. Terimbau segala kejadian yang berlaku. Ngam2 abis lagu, abis baca post tu juga. Jap, aku dah tau macam mana view aku boleh naik. Mesti sebab aku post sekali dengan lagu. Lagu tu la yang menyebabkan views aku naik. Bila orang search lagu tu, keluar sekali dengan blog & post aku. So orang pun klik dan terbaca la post aku ni. 

So kali ni aku post lagu yang sahabat aku berkaraoke dalam kereta. Aku penah dengar lagu tu tapi takde feeling. Tapi kali ni bila dia yang nyanyi, terus menusuk ke kalbu. Terngiang-ngiang lagu tu kat telinga. Berat juga topik yang kami bualkan dalam kereta on the way ke staycation kami ari tu. Kebiasaannya, aku memang kaki lena dalam kereta, tapi ari tu mata terbuka luas, mulut banyak cakap dan telinga sentiasa mendengar dengan khusyuk cerita masing2 geng solo ni. Dah bertahun kami berkawan, tiap tahun jumpa title still sama tak berubah. Begitulah kisahnya bila masing2 ada keinginan, kemahuan tapi belum diberi rezeki. What else can we say???

Ok, berbalik kepada topik utama post aku kali ni. Baru teringat nak tulis pasal apa. Maklumlah, kita ni manusia, makin lama makin berusia, makin cepat lupa. Nasib baik ingat. Aku nak bercerita pasal mimpi yang aku selalu dapat sejak 2,3 tahun lepas. Mimpinya tak kerap tapi ada masa2 tiba dia muncul. Mimpi ni bukan pasal orang tapi lebih kepada perasaan. Aku tak nampak orangnya, tapi aku kenal dengan perasaan tu. Perasaan yang aku paksa untuk lupakan sebab aku sedar diri. 

Susah juga nak cerita dan terangkan pasal mimpi ni sebab ada orang cakap mimpi ni bukan cerita nyata yang berlaku atas bumi yang kau boleh bertindak sewajarnya. Tapi dalam mimpi, ia seakan kita berada dalam dunia yang betul2 berbeza. Macam multiverse (mimpi) gitu...hehehe

Dalam multiverse aku ni, ade satu watak yang muncul iaitu "Perasaan". So aku gelar sosok ni sebagai Mr. P. Latar tempat agak samar dan susah nak dikenalpasti tapi yang pasti ada beberapa orang dekat situ. Antara banyak2 orang tu ada satu sosok di satu sudut iaitu Mr. P muncul. Aku tak nampak dia tapi aku yakin tulah Mr. P sebab aura dia sangat kuat. Aku tahu dia kat situ tapi aku tak boleh nak buat apa2. Aku senang hati dengan kehadiran Mr. P cuma aku tak mampu, tak kuat untuk berdepan dengan dia. Let me be frank, Mr. P yang hadir ni adalah perasaan aku pada seseorang (crush) dibumi nyata yang belum usai lagi. Bila mana Mr. P muncul dalam multiverse, aku rasa bahagia walaupun hanya perasaan yang hadir bukan sosok. Aku tak mampu nak berjumpa depan2 dibumi nyata, at least dalam multiverse ni Mr. P muncul walau dalam bentuk perasaan sahaja. Mungkin juga Mr. P adalah gangguan syaitan yang cuba untuk buat aku rasa bahagia & lupa pada pemilik hak hati dan jiwa hamba2 yang lemah ni. Buat aku rasa sedih, kecewa dan putus harapan. Jadi aku kena kuat, so next time kalau aku berada dalam multiverse ni lagi, aku akan cuba berdepan dengan Mr. P dan selesaikan apa yang aku rasa masih belum selesai. Aku harap hati aku lebih bersedia dan bila aku berada dalam multiverse, aku mampu berdepan dengan Mr. P dan luahkan apa yang belum selesai. Mustahil untuk aku luahkan di bumi nyata, jadi multiverse ni jelah harapan aku untuk selesaikan sisa rasa yang masih tertinggal. Aku pun nak juga rasa bahagia tak lagi terbeban dengan perasaan ni. Aku dah redha dan ikhlas melihat kebahagian Mr. P walau aku rase sedih. Apalah sedih aku nak dibandingkan ujian saudara2 kita di sana yang sedang bertarung antara hidup dan mati. Aku rasa malu dengan diri sendiri melihat ketabahan, kekuatan, keyakinan yang tak berbelah bahagi saudara2 kita di sana untuk terus hidup walau sesukar mana pun ujian Allah ke atas mereka. Tak sedikit pun iman mereka gentar dan tak sedikit pun keyakinan mereka pada Allah untuk pudar. 



Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ

Thursday, June 26, 2025

Seri SiBunga Kemboja (SSK)


Post-post yang aku tulis dalam ni tak penah ada spesifik masa untuk dikongsikan..api aku perasan yang aku menulis masa public holiday atau masa aku MC..masa tu la kata-kata mencurah-curah bagai air terjun telaga tujuh...So kali ni aku nak menulis pasal apa pulak kan...rase pelik menyelinap di jiwa..aku dah tak share link blog ni dalam socmed aku atau kat mana2..tapi bila tengok view count...naik dalam 3-5 view...siapa yang tengok...admin blog ke? atau anonymous pembaca yang entah siapa2?

By the way, just to inform...aku MC ari ni..huhuhu baru rase lega lepas 2,3 ari tak sihat, batuk2 & selesema...tapi 2, 3 ari yang lepas aku rasa sedih sangat...rasa down gila...mungkin sakit ni datang bila jiwa kita sama2 sakit...masa tu mula la rasa, agaknye memang Allah tak sayang aku kot...kalau orang lain Dia boleh bagi kenapa aku tak boleh...aku takkan penah rasa kecewa dengan Tuhan aku, tapi dengan cara down ni la aku akan mula bergerak & bertahan..bukan apa, kalau kita sebagai hamba dah sedar diri yang kita ni bukan siapa2...bukan juga hamba yang terpilih...masa tu kita akan berusaha lagi kuat untuk dapatkan perhatian dan kasih sayang daripada Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang kan...InshaaAllah, teruskan berbahagia orang2 yang kat luar sana...korang deserve that...aku juga yang pernah tulis sebelum ni...CARI BAHAGIA ITU. BAHAGIA ITU ADA DI MANA-MANA. DATANG DENGAN PELBAGAI CARA. CUMA CARA KITA MENAFSIR BAHAGIA ITU BERBEZA-BEZA..dah tu,kenapa aku nak sedih pula..aku akan terus berusaha untuk dapatkan cinta Allah sampai satu hari nanti aku yakin Allah akan makbulkan doa aku...Aminnn

tak kisah la...aku bukan menulis pasal siapa2 pun...aku just menulis luahan hati dan perasaan..tiba2 dapat ilham kata2 pujangga...kita simpan dalam ni la...


AKU BAHAGIA DALAM TANGISAN....

AKU BAIK DALAM KEPERITAN....

AKU REDHA DALAM KECEWA....

AKU TABAH DALAM GOYAH.....

AKU BERSYUKUR DALAM KETAATAN.....


Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ

Saturday, May 31, 2025

BEBAN RASA


Kalau dah jelas menyakitkan dan terseksa, kenapa tak dilepaskan sahaja. 

Lepaskanlah kalau itu yang dapat memuaskan dendam kesumat dalam hati. 

Tak usah berlagak jantan kalau kejian / hinaan / kutukan manusia yang kau sakitkan. 

Kenyataannya, kita memang hamba yang hina pun. 

Hinaan dan kejian yang dilemparkan adalah atas izin Tuhan dan sakitnya juga atas izin-Nya. 

Tak perlu sentap sangat macam perempuan. 

Cukuplah perempuan sahaja makhluk Allah yang beremosi parah. 

Jadilah insan budiman yang kental dan cekal walau dihina atau dikeji. 

Bukan nak menafikan fitrah semua manusia ada hati dan perasaan tak kira jantina. 

Tapi kawallah semampu kudrat berlandaskan iman bukan emosi macam perempuan. 

Didik dan bimbing bukan berdendam.


#KitaGengMaira.DiaImamku


Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ

Saturday, May 17, 2025

MENANGGUK RASA



Sambil-sambil baca tu, boleh dengar sekali dengan lagu ni as background music

 Dah lama aku nak bercerita luahan perasaan aku masa dapat jemputan majlis perkahwinan anak perempuan Aunty Noor & Uncle Zamzam. Calon orang penting dalam kisah impian aku. Aku terkejut dan teruja. Akhirnya, dapat juga jumpa 'in person' dengan insan yang aku kenal melalui SOCMED. Perasaan bercampur baur masa tu, ada rasa berdebar, takut, gemuruh, excited. Belum majlis lagi, aku dah terbayang macam-macam yang bakal berlaku. Bayangan aku tu macam terlalu berlebih-lebihan. Penuh dengan perasan dan syok sendiri. Dalam 2, 3 minggu jugalah aku dah buat persiapan emosi, hati, jiwa dan sebagainya yang berkenaan supaya nanti bila majlis, aku dapat kawal diri aku. Risau aku kalau aku terjatuh hati, terlebih berharap, tersyok sendiri yang dapat menyebabkan hati ini kecewa lagi. Aku sedar, bab perasaan ini kau lemah, aku mudah terjatuh hati, lembut hati. Dan disebabkan itu, aku letakkan penghadang yang agak tinggi di sekeliling aku. Daripda terjebak baik aku hadang terus. Aku pernah bercerita pasal Aunty Noor pada mak aku. Mak aku hanya memberi moral support, tak menghalang dan tak juga terlalu menyokong. Mak faham situasi yang aku hadap dan aku pasti mak tak putus-putus mendoakan yang terbaik untuk aku. Mak pujuk adik aku supaya dapat teman aku ke majlis itu. Malu juga aku kalau pergi sendirian tak berteman. Nanti sendu. At least, hilang sikit rasa malu dan "awkward" tu. 

Fast forward, tibalah hari yang dinanti-nantikan. Majlis perkahwinan tu diadakan di dewan tertutup. Masa aku sampai, ramai juga orang. Berdebar-debar jantung ni. Tak masuk lagi dewan, dari jauh aku dah nampak dia.  Nampak sibuk mungkin tengah menguruskan hal door gift. Sebelum masuk, aku mencari-cari Aunty Noor. Niat aku nak bertegur dulu sebelum aku duduk menjamu selera di dalam. Dah datang majlis orang, kenalah jumpa Tuan Rumah dulu kan. Nampak je Aunty Noor, aku terus menyapanyan dan memperkenalkan diri aku. Alhamdulillah, Aunty Noor kenal aku. Tersengih-sengih aku dapat jumpa calon orang penting kan. 

Masuk sahaja ke dalam dewan, aku dan adik mencari-cari meja kosong untuk duduk. Meja yang kami duduk tu dalam 2 meja sahaja dari pentas utama atau tempat pelamin pengantin. Aku pun ambil makanan macam biasa. Lauk dan nasi minyak kenduri kahwin kali ni rasa lain macam sedap. Tapi aku makan sikit je, cukup sepinggan tu pun nasi tak ambil banyak. Semasa aku tengah makan tu, keluarga pengantin tengah photoshoot atas pentas. Masa tu nampaklah satu keluarga Aunty Noor, anak-anak menantu dan cucu dah berkumpul kat atas pentas. Keluarga pengantin pakai sedondon warna hijau emerald dan nak dijadikan kisah kebetulan atau takdir, aku pula pakai warna hijau zaitun gitu. At least, hijau la juga kan. Adik aku pula mula mengusik aku bila mana keluarga pengantin tangah sibuk-sibuk photoshoot, dia boleh tunjuk-tunjuk kat aku. "Ni ada lagi sorang pakai hijau boleh ambil gambar sekali ni. Aku terus buat muka. Buat lawak yer dik. Tapi aku tak tengok betul-betul keluarga Aunty Noor atas pentas tu. Malu punya pasal kan. Orang tu pun ada kat situ juga kan. 

Lepas tu aku nampak Aunty Noor pun pergi sambung sambut tetamu kat depan dan mula sibuk. Aku ingat dah nak balik tapi adik aku belum nak balik, dia nak duduk dulu memandangkan orang pun dah mula tinggal sikit.  Aku pun sambung lepak duduk kat meja yang sama. Mengunyah kudap2 yang ada atas meja. Sambil-sambil dengar MC dok urus hal photoshoot atas pentas.  Dalam 30 - 45 minit jugalah aku lepak2 kat meja tu.  Dah dewan pun selesa ada penghawa dingin kan. Selepas itu, aku pun ajak adik aku balik. Aku pun pergi cari Aunty Noor dan bagi tau kami dah nak beransur pulang. Aku minta nak bergambar dengan Aunty Noor. Dapatlah kami bergambar berempat. Aku, adik, Aunty Noor & Uncle Zamzam. Lepas tu Aunty Noor tarik aku, dia seperti mencari-cari seseorang. Rupa-rupanya, dia nak perkenalkan aku dengan anak terunanya. "Hilman....ni Sarah, anak kawan mama". Aku tersipu-sipu malu, nasib baik aku dah persiapkan emosi agar tak terlalu menonjol gemuruh aku tu. Nanti nampak macam desperado. Aunty pun perkenalkan aku dengan anak bongsu perempuannya, Iman yang selalu Aunty cerita bila kami berhubung dulu. Aunty bagi aku dan adik aku goody bag majlis. Dia berterima kasih pada aku sebab hadir majlis perkahwinan anak perempuannya. Aku dan adik pun bersalam-salaman untuk pulang. "InshaaAllah aunty, jumpa lagi yer...Keep in touch". Kataku pada Aunty sambil berlalu pergi. Sampai sekarang aku simpan lagi goody bag tu. Tiap kali tengok mesti teringat. Biskut yang dalam tu sampai sekarang tak makan lagi, sayang. Kalau makan dah tak ada kenangan.

Begitulah kisah aku menangguk rasa ini. Dia memang tak kenal aku. Tapi aku kenal dia sebab Aunty selalu cerita hal dia pada aku. Sekolah mana, belajar kat mana, orangnya macam mana, suka buat apa. Sejujurnya, aku berkenan, rasa suka dengan dia masa first time nampak. Rasa hati macam berbunga-bunga. Segak juga diakan. Malu-malu orangnya. Tapi tulah, sayang. Aku tak ada those charming or spark things that can attract him. Dia seperti sikit pun tak kisah. Aku balik dengan penuh rasa bahagia, berbunga-bunga di hati. Sengih sorang2 aku dalam kereta all the way back home. Lantaklah adik aku nampak or perasan pun. Dah malas nak selindung-selindung dah. Bukan adik aku boleh buat apa pun. 

Aku menulis kisah ni hampir 5 bulan selepas majlis tu. So guys, what you expect dari apa yang aku ceritakan ni. Aku pun tak berharap apa-apa. Kalau ada jodoh Alhamdulillah, kalau takde, no hurt feeling. Persiapan aku berkenaan emosi tu termasuklah untuk terima those invisible rejection. Dia tak cakap apa-apa pun tapi aku sendiri faham la kan. Walau apa pun pengakhirannya, aku doakan dia bahagia dan jumpa jodoh terbaik dia. Aku sikit pun tak marah cuma rasa kecewa jela dan aku terima denga redha. Hati dan perasaan tak boleh dipaksa tapi boleh dipupuk bak kata Budin..hehehehe




Dia datang dan pergi dengan keizinan-Nya. Siapalah aku untuk menafikannya. Aku hanya hamba yang sentiasa berharap kasih dan cinta-Nya.


Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ

Friday, May 2, 2025

MATI RASA

Sila baca post sambil dengar lagu yer...baru layan dan rasa tu akan sampai terus menusuk ke jiwa.

Tajuk post je pun dan ada macam2 interpretasi yang tersendiri mengikut pengalaman dan status diri masing-masing...dia hadir tanpa kita sedari tapi bile nak mematikan tu...mengambil masa
yang sangat2 lama tak seperti mana bila mana ia hadir...biarpun sakit terlantar, sampai sekarang tak mati2...dibunuh berkali2 pun masih belum mati...bila ada orang sebut mati rasa...aku cemburu...

kenapa pasangan suami isteri yang dah ada talian ikatan pernikahan pun boleh cakap dah mati rasa...

kenapa pada seseorang yang tak pernah ada talian apa2 pun, persahabatan mau pun lebih daripada itu, tak pernah dan susah untuk mematikan rasa tu...

tarik nafas panjang aku memikirkan perkara ini...bila masa tangan ini terus menaip setiap huruf dalam meluahkan kata2..semakin aku menyedari sesuatu...

Macam mana nak mematikan rasa tu bila tiada hubungan atau ikatan yang wujud...tiada tali utuk dipotong..macam mana nak putuskan...

Bila tengok cerita drama "Dia Imamku"lakonan mantap Kamal Adli dan Siti Saleha yang tengah ditayangkan kat Astro Ria sekarang ni..aku mula faham sesuatu...

Bila Budin (watak Kamal Adli) yang sangat tulus dan ikhlas dan menjadi suami idaman orang macam aku ni...di permainkan perasaan oleh isteri dia sendiri, Humairah (watak Siti Saleha)..sakit tu macam aku pun terasa...hakikatnya aku tak pernah bercinta pun...tapi sakit dia tu memang aku menangis masa tengok...tapi...dalam pada sakitnya seorang Budin...aku belajar sesuatu...untung sebenarnya jadi Budin, bila dia dah usaha sehabis baik dalam memberi rasa cinta pada isteri dia sendiri...namun tak dihargai..at least dia dah bagi yang terbaik dan memberi rasa cintanya pada seseorang...jadi untuk dia mematikan rasa itu mungkin lebih mudah...tali tu ada untuk diputuskan...tapi kalau takde...tu yang sampai sekarang rasa tu masih wujud walau dia dah buang segalanya pasal dia..dah tak contact langsung...dah tak apa2 langsung...setiap hari dia mesti masih ingat...tak penah sehari pun dia lupa...tiap langkah dia, mesti teringat...

Mungkin, bila dah ada seseorang yg sudi...masa tu aku yakin segala rasa tu pasti hilang...Allah Maha Penyayang...dia masih tak mematikan rasa tu bersebab...supaya dia sentiasa beringat dan tak buat benda yang sama lagi...

InshaaAllah...satu hari nanti



Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ