Saturday, April 20, 2024

Harapan Buat Bumi Al-Aqsa

Genap hari ini merupakan Syawal yang ke-12 dalam tahun 1445H bersamaan 20 April 2024. Sejujurnya, bermula 1 Syawal lagi, hati dan perasaan ini berasa sepi, sedih menyambut Syawal tahun ini. Bila mana, saudara-saudara kita di Al-Quds sana masih lagi berlapar, dibantai dan dibunuh hampir setiap saat. Namun begitu, sinar kesyukuran masih menerangi dalam hati dan jiwa ini dengan segala nikmat dan rahmat Islam yang Allah kurniakan pada hamba-Nya yang beriman. Pembebasan dan kemerdekaan buat bumi Al-Aqsa akan terus berada dalam doa kami. Sesungguhnya, sinar Islam itu semakin terang tatkala melihat keteguhan, kesabaran dan dalamnya iman penduduk2 bumi Al-Quds. Kanak-kanak yang sekecil-kecil 3-5 tahun sudah hafaz Al-Quran, lebih mendalam dan teguhnya iman di dada mereka tak setanding kanak2 yang membesar di bumi yang merdeka. Aku kagum dengan ibu bapa disana biarpun berada dalam penjara terbesar didunia, di sekat daripada hidup seperti manusia yang lain, Islam itu masih menjadi bimbingan utama buat anak-anak mereka dan Al-Quran sentiasa berada dalam genggaman mereka. Mereka lah yang mengajar aku erti sabar, yang menunjukkan aku indahnya Islam dan berkongsi rasa betapa manisnya nikmat Islam dan iman itu. Setiap hari, hati ini berasa sakit, sedih bila melihat kemusnahan kawasan tempat tinggal mereka, kemasukan bantuan dihalang, hospital, masjid, sekolah dibom, dibakar. Namun rasa lagi perit bila kita tak mampu nak membantu saudara2 kita disana. Hanya mampu melihat sahaja. 

Ya Allah, bantulah mereka. Kenyangkanlah mereka yang kelaparan, hilangkan rasa haus mereka, hangatkanlah tubuh mereka yang kedinginan, angkatlah rasa perit dalam hati dan jiwa mereka. Bantulah mereka Ya Allah, Tuhan yang Maha Perkasa, Maha Memaksa dan Maha Membalas. 

Aku yakin satu hari nanti, bumi Al-Aqsa akan dibebaskan. Allah sedang membimbing kita dengan kesabaran, keteguhan dan keimanan dalam menghadapi masa yang mendatang yang pasti akan lebih perit. Semoga iman di dada kita tidak goyah atau rapuh walau dilanda dengan ujian yang sangat dahsyat. Aminnn...InshaaAllah


Menarik tak?? Sila tekan button LIKE dibawah..TQ

0 comments: